CMC (Refleksi 10)

Assalamualaikum,

Kini, hari yang ditunggu-tunggu, Hari Media Digital dan Komunikasi. Hari yang mendebarkan bagi semua pelajar kelas Media Digital dan Komunikasi dan juga kelas Komunikasi Pengantaraan Komputer. Kelas tidak dijalankan kerana diberi masa kepada kami untuk menyiapkan dewan dan menyiapkan peralatan untuk program ini. Alhamdulillah pensyarah datang dan memberikan semangat disamping memberi makanan kepada kami untuk memperoleh tenaga pada hari itu. Persiapan demi persiapan dijalankan dan latihan demi latihan dilakukan agar tidak berlaku kesilapan pada hari itu.

Sebelum persembahan saya, terdapat kelas yang perlu saya hadiri membuatkan saya kurang persiapan dan agak gementar kerana Dekan Kuliyah Bahasa dan Pengurusan juga turun untuk mengamati persembahan kami. Alhamdulillah persembahan demi persembahan berjalan dengan lancar. Kini tibalah giliran saya untuk memberikan persembahan. Alhamdulillah permulaan persembahan mendapat sambutan tetapi agak kurang selepas itu kerana waktu yang agak lewat menyebabkan penonton tidak bermaya untuk menerima lagi isi yang bakal diberikan.

Alhamdulillah dapat kami jalankan program dengan lancar sehingga ke pengakhirnya, walaupun tidak dinobatkan sebagai penyampai terbaik, tetapi rasa puas hati dapat diluahkan kerana program yang dijalankan itu berjalan lancar. Kesilapan yang berlaku pastinya kami akan ambil untuk pelajaran bagi program pada masa akan datang. Perjumpaan terakhir dilakukan dan kami dapat bergambar bersama Dr. Rosseni iaitu pensyarah kami sebelum beliau berangkat ke luar negara. Terima kasih buat Dr. Rosseni kerana mengajar saya dan juga memberi peluang untuk melakukan program ini. Dan juga rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang pembelajaran semester ini. Sekian refleksi daripada saya, terima kasih semua.WhatsApp Image 2017-11-26 at 9.46.23 PM.jpeg

CMC (Refleksi 9)

Assalamualaikum

proses-pembuatan-video-animasi.jpg

Persembahan yang bakal dipersembahkan nanti pastinya perlu dilakukan dengan baik dan isi kandungan persembahan perlulah cantik dan lengkap. Justeru itu, saya telah menghantar tugasan saya kepada Dr. untuk disemak tentang isi dan juga dibetulkan format persembahan. Mendengarkan persembahan yang bakal dilakukan pada program nanti berbentuk video, saya mengambil jalan untuk tidak melakukan video kerana ingin melakukan kelainan berbanding pelajar lain. Bukan sahaja video memerlukan kreativiti dalam pembentangan, tetapi pembentangan yang bakal saya lakukan juga pastinya memerlukan kreativiti agar penonton tertarik untuk mendengar persembahan saya. Alhamdulillah tugasan saya dihantar kembali kepada saya dan saya dapat membetulkan tugasan saya sebelum hari persembahan.

CMC (Refleksi 8)

Assalamualaikum,

meeting.jpg

Pada minggu ini, pertemuan bersama dengan ahli jawatan kuasa diadakan untuk mengetahu perkembangan program disamping mahu mengetahui isu berbangkit. Alhamdulillah perjumpaan ini dihadiri semua ahli jawatan kuasa dan perkembangan dapat diketahui. Perjumpaan ini berlangsung selama 2 jam kerana banyak isu yang dibincangkan supaya jalan penyelesaian dapat dicari dan program dapat berjalan dengan lancar. Semua dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diharapkan.

CMC (Refleksi 7)

Assalamualaikum,

Minggu ini saya diberitahu dan dimaklumkan bahasa Hari Media Digital dan Komunikasi bakal diadakan untuk kami persembahkan di hadapan kelas. Program ini adalah kerjasama antara kelas Media Digital dan Komunikasi dan juga kelas Komunikasi Pengantaraan Komputer dibawah pengawasan pensyarah yang sama. Pertama kali program dilakukan bawah subjek dan bukan kelab atau persatuan. Seperti biasa, lelaki tunggal seperti saya pastinya diberikan tugas persediaan dan teknikal yang mana tugas ini sangat sinonim dengan kaum lelaki. Program seperti ini baik untuk dilakukan kerana dapat mengasah lagi bakat kami untuk terus melakukan program pada masa akan datang. Kami diberikan tugasan dan perlu di’update’ kepada pensyarah supaya program itu berjalan dengan lancar. Sambil kerja kursus dilakukan, kami juga melakukan program seperti yang dirancang.

struktur-organisasi

CMC (Refleksi 6)

Assalamualaikum,

Minggu ini saya tidak begitu produktif kerana saya mengalami sakit kepala akibat demam yang dialami. Saya dapat mencari maklumat sedikit sahaja dan masa yang selebihnya dihabiskan dengan berehat. Alhamdulillah maklumat dapat diperolehi walaupun berlaku kekangan di situ.aid277133-v4-728px-Get-Rid-of-a-Fever-Step-14-Version-3.jpg

CMC (Refleksi 5)

Assalamualaikum,

degree_ab4d6

Selepas cuti, kami tidak ada kelas secara bersemuka dan kami diberikan peluang untuk berkomunikasi tentang pelajaran secara dalam talian. Saya berada di konvokesyen ahli keluarga saya dan saya dapat berkomunikasi secara dalam talian dengan mudah kerana internet yang kuat di sana. Alhamdulillah sesi pembelajaran berjalan dengan lancar kerana mudah untuk saya mengakses internet di sana. Pembelajaran seperti ini juga perlu dilakukan agar pelajar peka akan apa yang bakal dibincangkan dan pelajar dan memberi pendapat yang bernas kerana dapat mencari maklumat melalui internet. Kelemahan pembelajaran dalam talian ini adalah penggunaan ayat yang boleh menyebabkan salah faham kerana tidak ada emosi dalam menetapkan sesuatu ayat.

Internet-Marketing-Email-Banner

CMC (Refleksi 4)

Assalamualaikum,

Minggu ini adalah minggu cuti pertengahan semester dan ramai yang balik. Tetapi tidak bagi saya yang tinggal jauh dari rumah. Minggu ini kami diberi peluang untuk menyiapkan tugasan kami kerana kesulitan kami untuk menyiapkan kerja khusus kami di asrama. Nasib baik kuliyyah dibuka dan dapat saya pergi ke sana untuk mendapatkan internet untuk mencari maklumat dan juga menterjemah perkataan yang sukar untuk saya fahami. Asrama di sini tidak dibekalkan internet seperti di kampus lama kami di Gombak dan juga talian internet di sini juga lemah dan perlahan untuk mencari bahan dan maklumat. Maka kuliyyah la menjadi destinasi kami untuk melakukan tugasan kerana internet yang kuat dan juga selesa untuk mencari maklumat.

translate21.jpg